Saturday, 29 October 2011

Bayi Dalam Perut Mengeras???

Since semalam perut aku rasa macam mengeras jer tak selesa baring tegak rasa berat baring mengiring rasa lemas dicampur pula rasa cam sesak nafas lak tapi tak ada lah teruk sangat just rasa susah nak bergerak coz perut keras macam ada batu..Kenapa yeaa situasi ini berlaku???

Jom google...Jawapan mendapati kenapa perut mengeras ketika hamil adalah seperti berikut;
Branxton Hicks(pengecutan rahim) - Ketegangan diperut yang selalu terjadi 2-3 kali dalam masa satu jam iaitu lebih kerap dari biasa dan tidak berasa sakit tetapi merasa tidak selesa biasa nya berlaku semakin dekat jangka bersalin makin kuat ia berlaku.
Ada juga berlaku dimana contraction awal berlaku seawal 5 bulan akan menyebabkan kelahiran Pra-matang.

Sekiranya berlaku dimana bronxton Hicks terjadi dengan kerap menandakan saat2 kelahiran baby for more info Tanda-tanda hampir bersalin boleh dapatkan dari website tersebut..

Copy & Paste from alamhamil;

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan



No comments:

Post a Comment